Masa tu lepas bersalin anak kedua kami, baby Harith, dengan niat dan yakin akan menyusu badan sekurang-kurangnya 6 bulan. (bekerja sebagai pramugari rasanya 6 bulan tu dah cukup baik untuk saya) Susu badan masa dalam pantang Alhamdulillah meriah rezeki baby Harith. Saya pam setiap 2 jam, dapat sebotol saya bahagi dua sebab baby Harith minum separuh botol. Separuh botol saya simpan buat stok beku.. Lepas tu saya pam lagi, bagi baby Harith minum susu yang fresh dan bakinya saya bekukan lagi... dan begitulah seterusnya rutin saya dalam masa berpantang tu.. Alhamdulillah banyak stok yang kami dapat kumpul...
Tetapi, along the way, masa tengah syok2 kumpul stok tu nampaknya pengeluaran susu semakin kurang.. Mungkin sebab badan letih, tak cukup tidur dan faktor-faktor lain. Saya memang mengamalkan tips2 untuk banyakkan susu badan sejak dari hari baby Harith dilahirkan. Kurma, susu, horlicks, milo, sawi, longan kering, air longan, dark chocolate, macam2 lagi... Semuanya saya cuba... Saya google, ask around, lepas tu saya cuba, tengok mana yang serasi dengan badan saya dan baby Harith. Orang kata lain orang lain hasilnya.. Termasuklah mencuba SHAKLEE ni.. Saya google, banyak ibu2 menyusu yang dah berjaya membanyakkan susu badan selepas mencuba set menyusu Shaklee ni.. Mula2 tak confident jugak nak buat pembelian online ni, first time masa tu, tapi demi untuk baby Harith saya teruskan. Saya order trial pack set menyusu B masa tu.. Alhamdulillah vitamins saya sampai selepas 2-3 hari macam tu. Terima kasih Hasmah... :)
Disebabkan cuti lepas bersalin saya yang semakin kurang, masa untuk nak kumpul stok susu pun semakin kurang kan.. Apa lagi saya pun fikir strategi terbaru untuk men 'advanced' kan cara untuk menambah susu badan lagi. So saya upgrade set menyusu Shaklee dengan meng 'order' lagi... Kali ini set 3M...
Dan hasilnya memang memuaskan hati saya dan memuaskan perut si kecil Harith. Stok susu sangat meriah sehingga kami membeli deep freezer baru untuk simpan beku stok susu... :)
SET MENYUSU 3M SHAKLEE |
Dan hasilnya memang memuaskan hati saya dan memuaskan perut si kecil Harith. Stok susu sangat meriah sehingga kami membeli deep freezer baru untuk simpan beku stok susu... :)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.