Selamat Datang ke Blog Home Vitamins. Kami, Ida dan Saiful adalah Pengedar Sah Shaklee untuk anda di seluruh Malaysia. Sekiranya anda mahu mendapatkan produk Shaklee dengan harga ahli, sila hubungi kami dengan segera. Kepada yang mahu 'self-shopping' di outlet Shaklee, boleh gunakan nombor ahli kami untuk dapatkan harga ahli yang sangat menarik. Kami juga menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma di 'meeting point' bagi yang berada di kawasan Ampang, Selangor.
IDA / SAIFUL
IDA / SAIFUL
Sunday, June 30, 2013
OUR DISTRIBUTOR AUTHORITY CARD
Selamat Datang ke Blog Home Vitamins. Kami, Ida dan Saiful adalah Pengedar Sah Shaklee untuk anda di seluruh Malaysia. Sekiranya anda mahu mendapatkan produk Shaklee dengan harga ahli, sila hubungi kami dengan segera. Kepada yang mahu 'self-shopping' di outlet Shaklee, boleh gunakan nombor ahli kami untuk dapatkan harga ahli yang sangat menarik. Kami juga menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma di 'meeting point' bagi yang berada di kawasan Ampang, Selangor.
Cinch Energy Tea Mix
Cinch Energy Tea Mix (28 sticks) |
Adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph!
Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat. Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.
• Selamat, peningkatan tenaga semulajadi. Diminum secara panas atau sejuk.
• Merupakan alternatif minuman bergula dan kopi terbaik.
• Peningkatan tenaga segera.
• Bungkusan mudah bagi setiap satu hidangan
Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.
Cinch Shake Mix
Cinch Shake Mix |
Campuran Proprietari Protein dengan Leusina • Bebas Laktos • Rendah glisemik • Soya Bukan-GMO Cinch™ Shakes sangat enak dan merupakan cara yang berkhasiat untuk membantu dalam mengekalkan otot perlu dan memberikan anda rasa puas semasa menurunkan berat badan. • Diperkaya dengan Leucine™ bagi mengekalkan otot semasa anda menurunkan berat badan • Kaya dengan protein bagi membantu anda rasa kenyang dan puas • Tinggi serat dengan enam gram bagi setiap hidangan * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kod Produk:- 20339 (Cafe Latte) - 20340 (Vanilla) - 20341 (Chocolate) | |
Performance Maximum Drink
Performance Maximum (539g) |
Minuman Hidrasi Tulen - Sebelum, Semasa dan Selepas latihan Penghilang Dahaga untuk Si Juara Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain. Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat kami dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum. Terbukti secara klinikal Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat: • Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi • Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul) • Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina. Dapatkan yang Terbaik, Serlahkah yang Terbaik Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat. Jaminan Ketulenan Shaklee Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan. * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. | |
Vita-Lea for Children
Meal Shakes
Meal Shakes (544g) |
Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga: • Sarapan segera yang berkhasiat • Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli • Hidangan segera untuk para atlet • Kudapan menarik pada bila-bila masa • Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. | |
GLA Complex
GLA Complex (60 capsules) |
Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. * Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 1Fann YY, Chapkins RS.Importance of dietary gamma-linolenic acid in human health and nutrition. Journal of Nutrition. 7998;128:1411-1414 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Tidak digalakkan bagi perempuan mengandung. | |
DTX Complex
DTX Complex (90 caplets) |
Shaklee DTX ComplexTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak daripada gabungan ekstrak biji benih pokok susu tisel, schizandra, ekstrak dendalion, cendawan reishi, kunyit dan articok.
• Digunakan secara tradisional untuk tonik hati.*
Tiada perasa tiruan, pemanis, warna-warna, atau bahan pengawet tambahan.
NutriFeron
NutriFeron (30 sticks x 1.2g) |
Dicipta oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun - Dr. Yasuhiko Kojima. Lebih daripada 40 Tahun Penyelidikan Dr. Kojima berjaya mencipta NutriferonTM selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain. NutriferonTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower. Boleh didapati secara eksklusif melalui Shaklee. | |
Peppermint-Ginger Plus
Peppermint-Ginger Plus (90 tablets) |
Nyaman dan Melegakan Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut. Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. | |
Herb-Lax
Herb-Lax (120 tablets) |
Herb-LaxTM Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.*
Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herb-LaxTM yang lembut boleh membantu.
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
Garlic
Garlic (60 tablets) |
Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah. Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan. Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. *
Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih.
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
Omega Guard
Omega Guard (90 capsules) |
Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuardTMmenyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
CoQHealth™ Plus
Advanced Joint Health Tablets
Advanced Joint Health Tablets (60 tablets) |
Menyokong Kesihatan Sendi Berpanjangan Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendisendi. Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%. | |
OsteMatrix
OsteMatrix (120 caplets) |
Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.
Lebih daripada Sekadar Kalsium
OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
CarotoMax
CarotoMax (30 capsules) |
Terdiri daripada Enam Karotenoid Terbaik
CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap. Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.
CAROTOMAX menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:
• Memelihara kesihatan yang baik. *
• Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan
pertumbuhan tisu. *
• Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput
lendir. *
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
Alfalfa Complex
Alfalfa Complex (330/700 tablets) |
Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s. • Sumber semulajadi alfalfa. • Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air sebagai minuman herba semulajadi. Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. | |
Lecithin
Lecithin (180 capsules) |
Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.
Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin.
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
Zinc Complex
Zinc Complex (120 tablets) |
Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita. Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.
Menyokong dan Memelihara Kesihatan yang Baik
Zink Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein. Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan.*
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sitemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
B-Complex
B-Complex (120 tablets) |
Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik
Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.
B yang Lengkap dan Seimbang
B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
• B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan
menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada
tenaga.*
• Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel
darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang
mencukupi dalam diet harian membantu mencegah
kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang
kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu
tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
Vita-E Complex
Vita-E Complex (120 capsules) |
Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.
Setiap kapsul gel lembut memberikan:
• 400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
• Membantu dalam memelihara kesihatan baik.
Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.
Chewable Vit-C 100mg
Vita-C 100mg (90 chewable tablets) |
Vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik. Vitamin C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi. Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren. Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil.
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
Vit-C 500mg
Vita-C 500mg (180 tablets) |
Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam
Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian. Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh. Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.*
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
VITA-LEA MULTIVITAMIN
Vita-Lea multivitamin (120 tablets) |
Multi vitamin & Multi mineral Multi yang Hebat Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
• Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
• Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu. • Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi. • Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.* Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini. Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet. | |
ESP
ESP (850g) |
Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.
Shaklee ESP:
• Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
• Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada
keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian
menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
• Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
COLLAGEN POWDER
Collagen Powder |
Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran. Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja. * Berat molekul diukur dalam unit Dalton | |
VIVIX
Vivix (150ml) |
Revolusi Terbaru dari ShakleeVivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Bakal dipatenkan tidak lama lagi. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee. | |
Friday, June 28, 2013
KENAPA PERLU MAKAN VITAMIN?
Gaya hidup yang moden dan ringkas pada masa kini menjadikan makanan tambahan sebagai satu keperluan..
Berikut adalah 24 sebab kenapa kita perlu mengambil makanan tambahan yang diambil dari majalah Health Digest.
1.Penghadaman tidak baik/Poor Digestion
Walaupun makanan yang anda ambil adalah baik, namun penghadaman yang tidak efisen akan menghadkan penyerapan vitamin ke usus anda. Sebab lain mungkin anda tidak mengunyah secara sempuna dan makan terlalu laju. Ini akan menyebabkan enzim tidak dapat menghadamkan saiz makanan yang besar. Anda yang mempunyai masalah gigi juga menghadapi keadaan ini, berbanding mereka yang mempunyai set gigi asal yang penuh.
2.Makanan dimasak terlalu lama/Overcooking
Makanan yang dimasak terlalu lama boleh memusnahkan sesetengah vitamin seperti vitamin B, C dan E. Merebus terlalu lama juga merosakkan vitamin larut air ini dan sesetengah mineral. Mengukus secara perlahan dan sederhana lebih digalakkan.
3.Makanan yang tersimpan lama/Food Storage
Makanan yang tersimpan lama (freezing food) akan mengurangkan kandungan vitamin dan mineral dalam makanan tersebut. Contohnya vitamin E. Makanan yang bersumberkan vitamin E seperti roti, minyak adalah makanan proses yang mengurangkan vitamin E atau menghilangkannya secara total, yang mana jangka hayat penggunaannya lama tetapi kandungan nutriennya sangat kurang.
4.Tanah yang kurang subur/Crop Nutrient Losses
Tumbuhan seperti sayur-sayuran ditanam di tanah yang kurang subur. Tanah yang ditanam secara intensif akan mengurangkan kesuburannya. Satu kajian yang dilakukan mendapati 68% kesuburan tanah hilang dalam masa empat tahun.
5.Tekanan/Stress
Tekanan emosi dan fizikal akan meningkatkan keperluan badan terhadap vitamin B2, B5, B6 dan C dan lain-lain. Jika vitamin-vitamin ini tidak mencukupi, lama kelamaan badan anda akan menghidapi penyakit-penyakit moden sekarang.
6.Alahan makanan tertentu/Food Allergies
Anda yang alah kepada sesetengah makanan, mungkin akan mengalami kekurangan nutrisi dari makanan yang anda alah tersebut. Ini kerana mengikut kajian, tubuh badan memerlukan lebih dari 40 jenis zat makanan.
7.Sakit dan kemalangan/Accidents and illnesses
Jika anda sakit, menjalani pembedahan atau mengalami kemalangan, keperluan kepada sesetengah vitamin seperti zink, vitamin E, protin dan kalsium meningkat. Jadi mengambil vitamin dan mineral ini secara tambahan adalah amat perlu.
8.Remaja/Teenagers
Jika anda sedang meningkat remaja atau pelajar, terutama kepada remaja perempuan, keperluan kepada vitamin dan mineral semasa proses pembesaran fizikal, emosi dan biokemikal adalah amat tinggi. Satu data dari kajian yang dijalankan mendapati 30-50 peratus remaja berusia 12 ke 16 tahun mendapat kurang dari dua pertiga pengambilan vitamin dari yang dicadangkan (USRDA).
9.Wanita mangandung/Pregnant Women
Wanita mengandung memerlukan vitamin dan mineral lebih tinggi dari keperluan orang dewasa untuk pembesaran janin yang sihat dan juga ibu yang sihat. Nutrisi yang meningkat semasa mengandung adalah seperti kumpulan vitamin B, terutama B1, B2, B5, B6, acid folik, B12, dan mineral seperti kalsium, iron, magnesium, zink dan banyak lagi. Satu kajian yang dijalankan di USA, mendapati 80% wanita mengandung mendapat kurang dari dua pertiga pengambilan nutrisi dari yang dicadangkan oleh USRDA.
10.Makanan tinggi karbohidrat/Convenience foods
Diet yang tinggi karbohidrat seperti nasi putih, tepung, gula putih, memerlukan permintaan yang tinggi terhadap vitamin terutamanya dalam kumpulan B untuk proses karbohidrat tersebut. Kekurangan nutrien ini akan menyebabkan tubuh badan menjadi lemah dan mengantuk.
11.Pengambilan antibiotik/Antibiotics
Pengambilan antibiotik yang kerap, walaupun untuk melawan bakteria dan jangkitan, tetapi juga membunuh bakteria baik di dalam usus. Kekurangan bakteria baik ini akan menyebabkan masalah penghadaman dan pembuangan. Penambahan makanan tambahan vitamin dan mineral adalah sangat perlu.
12.Diet yang tidak seimbang/Fad Diets
Diet yang tidak seimbang akan mengurangkan vitamin dan mineral secara serius. Bahkan makanan yang kurang lemak jika diambil keterlaluan akan mengurangkan vitamin A, D dan E. Ini terutama mereka yang vegetarian amat perlu menambah nutrient yang mereka tidak dapat dari daging dan sumber haiwan.
13.Makan sedikit/Light Eaters
Sesetengah orang makan amat sedikit, walaupun bukan matlamat mengurangkan berat badan. Satu kajian pemakanan di US didapati purata wanita mengambil kurang dari 756 kalori sehari, di mana pada tahap ini akan menyebabkan mereka kurang tiamin, kalsium dan zat besi.
14.Orang-orang tua(Warga emas)/The elderly
Peningkatan umur berkait dengan berkurangnya pengambilan vitamin dan mineral yang terdapat dalam makanan. Ini mungkin disebabkan oleh hilangnya selera, lemahnya sistem penghadaman, menghadapi penyakit-penyakit tertentu bahkan sistem penghasilan sel tubuh menjadi lambat.
15.Pengamal pil perancang/Oral Contraceptives
Jika anda salah seorang yang mengamalkan pil perancang, anda perlu mengambil tambahan vitamin dan mineral kerana pil – pil tersebut boleh mengurangkan penyerapan folik asid dan meningkatkan keperluan vitamin B6, C, zink dan riboflavin.
16.Pengambilan julap/Laxatives
Pengambilan julap yang berlebihan terutama dari jenis jamu, akan mengurangkan penyerapan vitamin dan mineral daripada makanan kerana kadar transit makanan yang singkat. Julap yang kuat ini mungkin akan menghilangkan dengan banyak mineral seperti potassium, sodium dan magnesium.
17.Senggugut/PMT Sindrom
Kajian menunjukkan 80 peratus wanita yang mengalami PMT atau sengugut akan mengalami masalah dari simtom seperti sakit kepala, cepat marah, kembung , kesakitan payu dara, kelesuan dan tekanan yang boleh mendapat manafaat dari tambahan vitamin dan mineral.
18.Kurang mendapat cahaya matahari/Lact of Sunlight
Maksimum pengambilan vitamin D sehari ialah 400 I.U. Jika anda bekerja sif atau kurang terdedah dengan matahari, anda akan mengalami kekurangan vitamin D, yang mana vitamin ini sangat diperlukan untuk penyerapan kalsium, yang tanpanya akan menyebabkan osteoporosis dan ricket. Bahkan anda pelu menambah vitamin D kerana cahaya matahari dah tercemar oleh berbagai keadaan dan suasana sekarang.
19.Keperluan biologi individu/Bio-individuality
Keperluan biologi individu adalah berbeza, terutama kepada yang menggunakan kekuatan fizikal seperti atelit, buruh dan bergantung juga kepada berat dan bentuk fizikal seseorang. Peningkatan dalam pengambilan protin memerlukan kuantiti vitamin B yang berkait dengan keperluan kalori seseorang.
20.Kekuangan simpanan tubuh/Low Body Reserves
Walaupun badan kita boleh menyimpan sesetengah vitamin, tetapi kajian mendapati sesetengah vitamin seperti A dan E merosot yang boleh dikategorikan berisiko tinggi terhadap masalah kesihatan.
21.Ahli sukan/Athletes
Ahli sukan memerlukan jumlah vitamin dan mineral yang lebih banyak berbanding orang biasa. Kajian terhadap ahli sukan olimpik Australia dan pemain bola Grade-A, menunjukkan kekurangan jumlah vitamin dan mineral tertentu berkurangan dengan banyak.
22.Kesukaan kepada kopi, teh dan makanan pedas/Hot Coffee, tea and spices
Tabiat suka kepada minuman panas, kopi, teh dan makanan pedas, boleh menyebabkan inflamasi kepada usus, yang menyebabkan usus menjadi lemah dan mengurangkan penyerapan vitamin dan mineral.
23.Merokok/Smoking
Seperti yang telah diketahui umum, merokok menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Keperluan terutamanya vitamin C adalah 30 peratus meningkat lebih dari orang yang tidak merokok dan juga lain-lain vitamin antioksida.
24.Minuman Keras/Alcohol
Mengambil minuman keras terlalu banyak telah diketahui akan merosakkan hati dan buah pinggang, yang mana penting untuk penghadaman dan metabolik. Alkohol memberi kesan kepada keupayaan dan penyerapan nutrien dan meningkatkan keperluan badan untuk hampir kesemua jenis vitamin dan mineral.
JIKA ANDA TIDAK MEMPUNYAI 24 SEBAB DI ATAS WALAUPUN SATU MAKA ANDA PERLU MENJAWAB SOALAN-SOALAN DI BAWAH……
· Adakah anda kerap berdiet?
· Adakah anda mengidapi tekanan darah tinggi?
· Adakah anda pengidap kencing manis?
· Adakah anda berbadan kecil, kurus atau sudah berhenti haid?
· Adakah anda mengelakkan susu, keju dan tairu?
· Adakah anda kerap makan daging merah berlemak atau makanan penuh lemak?
· Adakah anda diserang selsema beberapa kali setahun?
· Adakah anda terdedah kepada kimia berbahaya?
· Adakan anda makan makanan jeruk atau awet (seperti burger,hotdog)?
· Adakan anda jarang bergiat di luar rumah?
· Adakah anda bernafaskan udara tercemar?
· Adakah anda meminum air kota raya?
· Adakah makanan yang anda beli di pasaraya mengandungi sisa-sisa kimia toksid atau bahan penambah?
· Adakah anda mengalami stress mental dan kegelisahan?
· Adakah anda sedang menyusukan anak?
· Adakah anda sering tidak mengambil makanan dari kumpulan asas mengikut piramid makanan?
· Adakah anda sedang mengambil sebarang jenis ubat-ubatan?
· Adakah anda dimasukkan ke hospital kebelakangan ini?
· Adakah anda kemurungan?
· Adakah anda mengalami penyakit kronik?
· Adakah anda makan kerana rasa dan bukannya kerana pemakanan?
· MAHUKAH ANDA MERASA LEBIH SIHAT???
Senarai di atas hanya sebahagian dari banyak sebab lagi kenapa anda perlu kepada makanan tambahan yang selamat dan semulajadi.
Jika anda menjawab YA kepada satu sahaja soalan di atas, maka pengambilan makanan tambahan boleh membantu memperbaiki dan mempertingkatkan tahap kesihatan anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)